adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Sabtu, 29 Disember 2012

Tomato kerdilku... - Minggu 6


Benih-benih tomato ini membesar dengan tidak sekata. Sepasu benih yang saya hadiahkan kepada En. H katanya dah dipindahkan ke empat pasu-pasu yang lain. Sihat sejahtera katanya.

Enam benih yang ini yang saya simpan untuk diri sendiri masih kecil. Lambat sungguh pembesarannya. Hasrat di hati nak pindahkan mereka ni ke tempat yang lebih banyak kena limpahan cahaya matahari tetapi tidaklah terlalu terik. Ini bagi mengelakkannya terus menjadi 'leggy' atau batang yang panjang akibat kurang penerimaan cahaya. Hasrat ini ditangguhkan kerana kani tiada di rumah selama seminggu. Takut-takut mati kekeringan pula.

Enam benih di dalam pasu merah jambu ini untuk dihadiahkan kepada kawan saya, I dan isterinya, L. Mereka berdua bukan sahaja rakan sepejabat tetapi juga tinggal dalam kejiranan yang sama. Tiap hujung minggu mereka akan 'jog' sekitar kejiranan. Jadi saya minta mereka singgah bila-bila berkelapangan untuk ambil benih ini.
posted from Bloggeroid

Jumaat, 28 Disember 2012

Sebulan Bersama Ros...


Bila jenguk blog SweetieSaQi, teringat pokok ros di rumah. Sudah sebulan lebih pokok-pokok ros berkenaan bersama saya. Alhamdulillah, telah sekali berbunga dan kelihatan subur. Mungkin kerana cuaca pun mengizinkannya untuk tumbuh subur. Kalau musim panas mungkin agak sukar menjaganya agar tak mati kekeringan.
Pokok-pokok ini dah pernah berbunga sekali sepanjang tempoh sebulan lebih ni. Sejak dicubit-cubit sayang juga pokok-pokok ini galak mengeluarkan pucuk baru. Saya hentikan aktiviti mencubit ini sehingga tiga kali pusingan sahaja. Ini untuk benarkan pokok berehat agar tidak tertekan. Lagi sebulan saya merancang nak buat 'major pruning'. Harapnya pokok ros saya tak mati terkejut bila selesai dikerjakan. Pokok-pokok ros ni tampak rimbun juga berbanding mula-mula muncul dalam blog ini sedikit masa dulu.


posted from Bloggeroid

Kesum - Antara Dua Darjat


Nampak tak apa yang saya cuba tunjuk ni? Ini bukan semak samun walaupun belakang tu memang agak semak sikit. Ini adalah sepasu besar daun kesum yang ayah saya tanam. Subur betul pokoknya. Batang dan daunnya besar-besar. Ayah saya biasa baja tanamannya dengan baja organik berbentuk bintil-bintil kecil berwarna hitam. Ayah saya gelarkannya baja biji kopi. Baja jenis ini biasa dijual di nurseri. Tetapi saya tak pernah membelinya. Habis saja stok baja di rumah nanti, saya akan dapatkan satu pek.
Pokok daun kesum ni memerlukan kawasan yang lembab dan teduh untuk tumbuh subur. Ayah saya letakkan pasunya di bawah teduhan dan rajin juga disiram. Tetapi sekarang kurang menyiram sebab musim hujan. Kalau diletakkan dikawasan panas, pokoknya kurang subur menghasilkan daun yang kecil dan lecur lantas mati.

Kalau dibandingkan pokok daun kesum ini dengan yang saya baru tanam minggu lepas, ibarat enggang dengan pipit. Betul-betul jauh panggang dari api. Umpama antara dua darjat. Dulu, pokok kesum yang saya tanam pernah agak subur tapi tak sesubur pokok kesum ayah saya. Gara-gara balik kampung agak lama, pokok itu mati kekeringan. Pokok kesum juga perlu rajin dibaja. Saya biasanya buang serdak teh ke dalam pasu pokok kesum untuk bantu kekalkan kelembapan tanahnya. Kali ni saya nak tanam beberapa pasu lagi. Untuk dibuat stok supaya senang nak masak asam pedas dan laksa atau rencah nasi kerabu!


posted from Bloggeroid

Rabu, 26 Disember 2012

Kiriman Pembelian Benih Yang Pertama


Hari ini saya bercuti lagi sebab Ahmad masih belum sihat. Tapi, tengahari saya singgah di pejabat mengambil dokumen untuk kerja-kerja yang boleh dilakukan di rumah. Saya jenguk 'pigeon hole' saya dan mendapati kiriman benih yang saya beli dari Encik Iskandar telah sampai. Banyak juga saya beli. Ada 15 kesemuanya. Tamak betul. Inilah senarai benih-benih yang telah saya beli:
1. Bunga kobis green harmoni
2. Mulberi
3. Terung pendek
4. Labu manis fajar
5. Tembikai perdana
6. Bunga kosmos
7. Kailan f1
8. Capsicum merah
9. Bunga matahari
10. Marigold
11. Bunga esperanza
12. Lobak merah
13. Bunga telang
14. Betik kampung
15. Ketumbar
Encik Iskandar juga telah kongsikan benih sawi Christmas. Terima kasih!
Minggu ini tak dapat semai benih ini sebab saya sedang dalam perjalanan balik kampung selama seminggu. Sebelum bertolak tadi, sempat semai batang mulberi sahaja. Saya risau tunas yang sudah mula tumbuh mati kalau lambat semai. Harapnya menjadilah semaian mulberi saya.
posted from Bloggeroid

Selasa, 25 Disember 2012

Bayam Oh Bayam - Minggu 3


Lemah betul bila mengikuti perkembangan benih-benih bayam merah berusia tiga minggu ni. Lepas dipindahkan ke pasu yang berbaja minggu lepas, barulah nampak perkembangan positifnya. Walaupun kecil, mujurlah ada perubahan. Kebanyakkan benih dah mula mengeluarkan bibit-bibit tumbuhnya daun sebenarnya. Semaian kali ini benar-benar menuntut kesabaran saya. Seingat saya, masa saya kecil mudah saja benih tumbuh. Mungkin waktu itu saya kurang endah perkembangannya tiap minggu. Asalkan tumbuh saja sudah buat saya gembira. Lain kali jangan lupa gaul tanah dengan baja ye Wanie bila menyemai tu.

posted from Bloggeroid

Isnin, 24 Disember 2012

Apa Khabar Sawi? - Minggu 3


Lepas dibaja minggu lepas, inilah rupanya benih sawi berumur tiga minggu. Barula bersemangat melihatnya. Dah dua hari tak menulis apa-apa. Kami balik kampung kemudian Ahmad pula demam dan sakit mata. Hari ni bos bagi pelepasan sebab kasihan tengok Ahmad. Terima kasih bos. Balik dari klinik, Ahmad tidur. Barulah berkesempatan nak jenguk benih-benih yang ditinggalkan dua hari. Benih sawi dalam pasu besar ni nampak sihat dan hijau daunnya. Minggu depan saya akan baja lagi supaya tak terbantut tumbesarannya.

Tapi, kenapa yang pasu kecil ni kekuningan daunnya. Ada empat pasu seumpamanya. Tak pasti sama ada terlebih baja atau terkurang baja. Yang pasu besar saya telah letak dua sudu teh. Empat pasu yang kecil saya letak satu sudu teh. Mungkin terlebih baja kot.
posted from Bloggeroid

Jumaat, 21 Disember 2012

Bayam Merah Kurus Melidi - Minggu 2


Benih bayam merah ni senasib dengan sawi dan bendi. Agaknya jarum peniti lagi besar dari batang benih bayam saya ni. Kalau ikutkan hati, mahu saja saya buang benih ni dan semai yang baru menggunakan tanah yang lebih baik dari segi nilai nutriennya. Tapi rugi pula rasanya. Lantas dua hari lepas saya gaul dua pasu kecil tanah dengan baja tahi ayam. Saya alihkan sebahagian benih tersebut ke dalam dua pasu kecil tu. Saya dah kekurangan pasu semaian untuk alihkan semua benih ni.

Selepas dua hari, saya lihat salah satu benih sudah tumbuh daun ketiga. Walau bagaimanapun, masih belum ada yang tumbuh daun sebenar. Kita tunggu perkembangannya dalam seminggu ni. Saya masih mencongak waktu bila boleh pergi membeli-belah pasu semaian yang baru.

posted from Bloggeroid

Khamis, 20 Disember 2012

Benih Tomato untuk Bos - Minggu 5



Sebagaimana janji saya terdahulu dengan En.H, saya bawakan dia sepasu kecil benih tomato. Benih-benih ini telahpun berusia lima minggu. Ini adalah kumpulan benih tomato yang paling subur berbanding benih-benih yang seusianya. Walaupun yang ini paling subur, tidak bermakna saya perlu simpan benih-benih ini untuk diri sendiri. Saya sudah berjanji untuk beri pasu yang ini. Sudah menjadi rezeki En. H untuk dapat benih-benih yang paling subur. Sehari dua yang lepas saya telah telah letakkan baja sedikit untuk bantu pokok kekalkan kesuburannya. Saya agak benih-benih ini sudah sampai masa untuk dipindahkan secara berasingan ke dalam pasu yang lebih besar.Asalnya saya tawarkan benih-benih ini kepada bos unit saya. Tetapi katanya tangannya ‘panas’. Semua yang ditanam tak menjadi. Jadi saya tawarkan benih ini kepada bos unit lain iaitu En. H yang agak rapat juga dengan saya. Dia terima tawaran saya. Sebenarnya saya masih berhutang benih rosselle dengannya. Nanti saya akan tunaikan janji saya yang satu itu.



posted from Bloggeroid

Rabu, 19 Disember 2012

Budi Pokok Daun Sup Nan Sepasu



“Where there is love, there is life”
Mohandas Gandhi

Pokok daun sup nan sepasu ni dah banyak budinya kepada keluarga kecil kami. Menu wajib suami saya setiap minggu mesti ayam masak kicap. Sedap sangat ke ayam masak kicap saya sampai tiap minggu wajib ada. Sedangkan dalam seminggu tak sampai sebelah tangan pun saya memasak makan malam. Setiap kali masak ayam masak kicap, saya akan ambil dua batang daun sup buat rencah penyedap rasa. Buat sup pun senang sekarang. Tak payah susah-sasah beli daun sup dan sedapkan resepi. Kadangkala membelinya tak boleh sedikit, sedangkan nak guna sedikit saja. Sudahnya membazir yang lebih.

Pokok ni bukan saya yang tanam. Pasunya pun bukan saya yang beli. Ayah saya yang tanam dari benih. Bila umurnya kira-kira hampir dua bulan, saya bodek ayah saya minta sepasu. Saya kira ada dekat 20 pasu ayah saya tanam. Ayah saya suruh ambil pasu yang paling cantik. Saya dengan gembira terus angkut masuk dalam kereta.
Masa kenduri aqiqah Ahmad waktu Aidiladha, ramai makcik-makcik memuji kesuburan pokok-pokok daun sup ayah yang ayah baru semai dalam beberapa polibeg. Itu semaian pusingan kedua. Ayah pun dengan gembira bagi tiap-tiap makcik yang memuji satu polibeg seorang. Pakcik-pakcik pun geleng kepala sebab terpaksa angkut polibeg pokok daun sup dengan motor sambil makcik tersenyum gembira di belakang.

Panjang juga umur pokok daun sup dengan saya. Saya tak pernah baja melainkan pada minggu lepas bila saya tengok daunnya makin kurang dan makin banyak yang kuning. Saya baja sedikit dengan baja tahi ayam. Ayah saya terkejut pokok daun sup saya masih hidup sedangkan dia punya semua sudah mati kering. Saya letakkan pasu saya bawah teduhan tapi masih terima cahaya matahari dari pagi hingga petang namun tak terik. Siram pun jarang sekali sebab kalau terlebih siram nanti busuk pula akarnya. 

Saya agak pokok ni dah berumur lebih dari enam bulan. Walaupun batangnya agak kurus berbanding daun sup yang dijual di pasar, rasanya tetap tak berubah. Yang penting, pokok daun sup saya InsyaAllah bebas bahan kimia. 

Ini catatan saya tentang laman rumah ayah saya yang penuh dengan tanam,Oldman's greenyard .


posted from Bloggeroid

Selasa, 18 Disember 2012

Bendi berdaun tiga - Minggu 2


Bendi dua sejoli ni senasib dengan sawi dan tomato. Lambat sungguh pertumbuhannya gara-gara guna medium semaian kurang nutrien. Lepas ni mesti terus lekat dalam kepala supaya gaul medium semaian dengan baja organik dulu sebelum semai. Saya kira benih-benih sudah patut diletakkan dalam pasu individu yang lebih besar. Ini untuk memberi ruang kepada benih supaya dapat menjadi pokok yang kuat sebelum dipindahkan ke tanah.
Masalahnya saya agak sibuk sekarang. Tambahan pula sejak akhir-akhir ni cepat penat. Tiap jam 10 aje sudah mengantuk. Lebih-lebih lagi jam tu jugalah Ahmad ajak temankan dia tidur. Akhir sekali, ibu pun tertidur sampai pagi.
Nampak gayanya terpaksalah benih-benih bendi ni tunggu hingga hujung minggu. InsyaAllah pagi-pagi hujung minggu ada masa diluangkan untuk kendalikan kebun nan sejemput ini. Tapi yang pasti bukan minggu ini atau minggu depan. Kami balik kampung jadi terpaksala tunggu minggu tahun depan. Bersabarla benih-benih bendi sekalian.


posted from Bloggeroid

Sawi hijau - Minggu 2


Anak-anak sawi ni dah berumur lebih kurang dua minggu. Kalau dibandingkan dengan anak-anak sawi blogger lain yang seusianya, perkembangan anak-anak sawi ini agak lambat. Mungkin sepatutnya saiznya sudah mencecah satu inci. Anak-anak sawi saya baru mula menampakkan daun-daun sebenarnya. Saya agak anak-anak sawi mengalami masalah yang sama dengan benih tomato saya. Saya gunakan medium semaian yang sama. Saya yakin tanah semaian tersebut kurang nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan benih. Lain kali saya akan gaul dengan baja organik sebelum semaian dibuat. Ini sebagaimana petua dari Encik Iskandar dalam mendapatkan benih yang subur. Semalam saya ada taburkan satu sudu teh baja organik dalam pasu semaian sawi ini. Kita tengoklah perkembangannya dalam seminggu. Harap-harap perkembangannya positif dan dapat menjadi pembakar semangat untuk saya terus berkebun.

posted from Bloggeroid

Isnin, 17 Disember 2012

Anak-anak di Taiping


Pagi-pagi lagi suami saya dah keluar dari bilik untuk satu lagi perlawanan bola persahabatan. Jadi saya dan anak- anak duduk diam-diam saja dalam bilik sampai babah balik tengahari nanti. Saya memang malas nak ikut ke padang. Selain bimbang hari hujan, saya tak larat nak kejar anak-anak yang cuba masuk padang.
Bila babah balik, kami singgah di Zoo Taiping. Ameer memang suka tengok binatang. Tapi nak datang dekat-dekat takut pula. Kucing di rumah lalu pun dah menjerit. Tak sempat jalan-jalan lagi di Taiping walaupun banyak juga tempat yang menarik.
Zoo Taiping ni walaupun kecil tapi menarik. Binatang-binatang yang boleh bekerjasama diletakkan dalan satu kandang. Ameer paling suka tengok zirafah, gajah, badak, harimau, monyet dan singa. Dia suka binatang-binatang sebab kebanyakan watak kartun terdiri dari binatang-binantang tersebut. Ahmad pun tidak kurang teruja tengok binatang.





Dalam perjalanan balik,Ameer tido sepanjang jalan sebab terlalu penat. Ahmad tidur separuh perjalanan. Bila bangun terus 'melabur'. Selepas mandikan dia di Sungai Buloh, terus dia makan hingga habis sebuku roti krim jagung. Kami sampai di rumah jam 11.00 malam. Sampai sekarang masih rasa penat. Maklumlah, kampung kami dekat saja dengan Kuala Lumpur. Kalau perjalanan lebih dari 2 jam memang kami tak tahan hehehe.




posted from Bloggeroid

Sabtu, 15 Disember 2012

Ros berkembang penuh


Pagi tadi kami sekeluarga bertolak ke Taiping. Suami saya menyertai program persatuan yang melibatkan aktiviti perlawanan bola sepak persahabatan dengan Penjara Taiping petang ini. Esok pagi pula perlawanan dengan Pejabat Tanah & Daerah Selama. Petang esok baru bertolak balik Putrajaya.
Sebelum bertolak, terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan sehingga tak sempat nak belek anak-anak pokok yang akan ditinggalkan. Nak ambil gambar pun tak dapat. Si Ameer dah meronta-ronta nak main dengan telefon ibu.
Hanya satu-satunya gambar ros merah jambu yang dah kembang penuh ini saja sempat diambil. Mungkin hari esok sudah kurang menarik rupanya. Tak sempat pula nak bau harumnya. Jadi tak pasti jenis ini mengeluarkan bau ke tidak. Katanya kalau tak berbau wangi, tahan lama kembangnya. Tengok ajela bagaimana keadaannya esok.
posted from Bloggeroid

Jumaat, 14 Disember 2012

Bunga-bunga I


“Love is like a flower-you’ve got to let it grow”
John Lennon

Hari ni, sebelum pergi ke pejabat, sempat lagi membelek-belek bunga yang ada di depan rumah sambil Ahmad bersiar-siar menghirup udara segar. Di rumah saya, tumbuhan jenis berbunga tidak banyak. Namun saya sedang dalam proses menggumpul bunga-bunga yang berbau wangi dan berwarna-warna untuk menceriakan laman rumah. 
Memandangkan saya tinggal di rumah kerajaan, tidaklah rakus sangat nak membeli pasu-pasu dengan pokok-pokok bunga. Nanti menyusahkan diri sendiri pula waktu berpindah. Ini sebahagian sahaja pokok bunga yang berbunga. Ada sebahagiannya dalam proses pemulihan selepas pangkasan besar-besaran selain mungkin juga merajuk tak berbunga-bunga sejak berbulan yang lalu.


Siantan Merah

Bunga kecil warna ungu

Ros merah jambu

Bunga kecil warna Putih

Amaryllis Rilona peach
posted from Bloggeroid

Khamis, 13 Disember 2012

Ros dicubit-cubit sayang....

Saya bukan hendak cubit sesiapa yang bernama 'Ros' kali ni. Tetapi saya nak 'pinching' pokok-pokok ros saya. Menerusi pembacaan beberapa sumber, saya difahamkan bahawa teknik 'pinching' boleh menggalakkan munculnya pucuk-pucuk baru bagi pokok ros. Ini seterusnya akan menggiatkan pertumbuhan kudup-kudup bunga yang baru dan sekaligus mampu memberi bentuk yang rimbun pada pokok ros. Teknik ini perlu dilakukan ketika kudup bunga yang pertama telah mula dibentuk. Tetapi tidak pada permulaan pembentukan kudup pertama. Ini bagi memastikan kitaran pembentukan bunga terus berlaku. Sekiranya dibuat terlalu awal, maka pokok akan menerima isyarat yang salah dan kitaran baru perlu bermula.
Teknik ini akan memberikan isyarat kepada akar untuk terus membekalkan nutrisi kepada pokok supaya menghasilkan lebih daun untuk menghasilkan makanan. Di samping itu juga, batang pokok akan menjadi lebih cepat matang. Teknik ini perlu dibuat kepada pucuk pokok yabg telah mempunyai sekurang-kurangnya 5 helai daun. Buang daun yang kedua terakhir dengan menggunakan jari. Laksanakan teknik ini dalam tiga kitaran. Tetapi lakukannya dengan bersederhana supaya tidak memberi tekanan kepada pokok.
Petang tadi saya telah melaksanakan teknik ini ke atas pokok-pokok ros saya.







Inilah pucuk-pucuk yang telah dibuang. Saya bercadang untuk pangkas pokok-pokok ini secara besar-besaran untuk pastikan ianya rimbun dengan cantik bila ianya selesai berbunga.

Itu sajalah hasil kesimpulan dari pembacaan saya dalam penjagaan ros. Harap-harap saya telah laksanakn teknik itu dengan tepat. Tak sabar tunggu pokok-pokok ros ni merimbun dengan cantik.
posted from Bloggeroid

Rabu, 12 Disember 2012

Benih tomato - Minggu 4

Selepas makan malam semalam, saya sempat jenguk benih-benih tomato saya yang mana minggu ni dah mencecah empat minggu umurnya. Tapi gambar-gambar diambil pagi tadi sebelum ke pejabat. Kalau diikutkan rasa-rasanya perkembangannya agak lambat berbanding dengan apa yang saya dah tonton dalam video demostrasi menamam benih melalui YouTube. Apapun kelihatan semua benih dalam keadaan sihat.

Namun begitu, saya lihat anak benih di dalam pasu kongsi lebih sihat berbanding dengan anak-anak benih dalam pasu persendirian. Saya rasa antara faktornya adalah disebabkan medium tanaman yang berbeza. Anak benih di dalam pasu persendirian mengunakan sepenuhnya medium tanaman yang dibeli dari pasaraya. Manakala untuk tanah untuk pasu kongsi menggunakan tanah campur dari nurseri. Nampaknya lain kali saya kena ubah medium semaian menggunakan tanah campur dari nurseri. Betul seperti kata Encik Iskandar dalam satu artikelnya. Tapi saya dah tak  jumpa mana artikel yang meneybut tentang tanah untuk medium semaian.


Salah satu anak pokok dalam pasu persendirian telah menunjukkan tanda-tanda pengukuhan sistem akarnya. Akar-akar halus berwarna putih jelas kelihatan di permukaan medium tanaman. Kalau di belek di bawah pasu, ada sebahagian akar da terkeluar dari lubang di bawah pasu.

Saya juga perasan tanah di dalam pasu kongsi agak lembap. Manakala tanah dalam pasu persendirian terlalu basah. Mungkin disebabkan kedudukan pasu-pasu persendirian yang agak terdedah dan tempias dari hujan lebat membasahkan medium tanaman. Saya pindahkan ke belakang sedikit namun masih mampu memberikan cahaya matahari untuk anak-anak benih tersebut. Saya bimbang anak-anak pokok ini akan mati akibat terlalu banyak kandungan air dalam medium tanaman.

posted from Bloggeroid

Teruja dengan ros


Setelah beberapa hari tak menjenguk keadaan pokok-pokok tanaman hiasan di rumah, tergerak hati nak membelek pokok ros yang dah hampir dua minggu tak dibelek. Keluar je dari pintu kereta bila balik dari pejabat, terus perasan ada satu kuntum bunga baru menjadi dari pokok bunga ros dalam pasu kecil. Teruja sungguh. Memandangkan hari dah agak petang, maka niat nak belek-belek lagi terpaksa ditangguhkan. Tambahan pula, kalau ambil gambar waktu senja mesti gambar kurang jelas. Tunggu saja pagi esoknya.
Pagi ni sebelum pergi kerja, sempat membelek pokok ros dalam pasu kecil. Nampak dah membesar sedikit dari hari semalam. Warna merah kudupnya dah kelihatan. Seingat saya warna bunganya ungu muda waktu dibeli. Mungkin kali ni dia berbunga dengan warna yang lebih terang sebab penuh dengan kasih sayang. Bila dibelek-belek pokok dalam pasu besar, kelihatan ada kudup juga yang baru muncul. Warnanya merah jambu terang juga. Harap-harap dalam tempoh dua tiga hari ni bertambah lagi kudupnya. Barula meriah.

Sejak dialih ke pasu besar, saya tak pernah siram melainkan semasa pokok-pokok ni berada di bawah teduhan selepas dialihkan. Hujan setiap hari dah bekalkan bekalan air yang cukup. Kalau di siram lagi takut busuk pula akarnya. Keputusan saya letakkan di tempat yang kena cahaya matahari penuh nampaknya tepat. Bila da banyak kena cahaya matahari, daun pun giatla menghasilkan makanan untuk pokok. Minggu lepas saya ada taburkan baja tahi ayam. Mungkin sebab itulah juga pokok-pokok ros ni nampak sihat sejak akhir-akhir ini. Hujung minggu lepas pun saya ada letak kulit pisang dalam pasunya. Katanya kulit pisang bagus sebagai baja untuk pokok-pokok yang mengeluarkan bunga. Ia membekalkan potassium untuk pertumbuhan pokok.

Tak sabar sungguh nak tengok hasilnya. Kali pertama tanam bunga ros adalah sewaktu baru kahwin. Hidup sekejap aje kemudian mati. Kalau kali ini berjaya, mungkin akan tambah lagi koleksi ros pelbagai warna.


posted from Bloggeroid

Perubahan


Jika ada sesiapa yang mengikuti catatan blog saya selama ini mungkin terkejut dengan catatan saya pada hari ini. Ini kerana, semua catatan saya sebelum adalah dalam Bahasa Inggeris. Bukan kerana saya terbiasa menggunakan bahasa itu. Tetapi dengan menulis dengan Bahasa Inggeris, saya berharap agar dapat mengasah kemahiran dalam bahasa itu yang mana sekarang agak tumpul. Atau boleh juga dikatakan berkarat. Dalam pada itu, saya juga berharap agar dapat kumpul kawan-kawan dari luar negara yang punya minat yang sama khususnya dalam berkebun.
Namun, sejak akhir-akhir ini, saya dapati rakan-rakan blogger yang minat berkebun di dalam negara pun tak kurang hebatnya. Jadi, saya rasa lebih senang berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dalam catatan saya akan datang. Mungkin dengan cara ini saya akan dapat lebih rakan yang sudi berkongsi pengalaman masing-masing.
Tambahan pula, agak sukar untuk  dapatkan maklumat tentang berkebun di rumah dalam Bahasa Malaysia. Kalau ada maklumat dalam Bahasa Inggeris pun tak dapat digunakan sepenuhnya maklumat tersebut dengan keadaan kita berkebun dalam cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia.
Mungkin ada yang mendapati cara penulisan saya agak formal. Mungkin juga disebabkan tuntutan kerja saya yang banyak menulis hal-hal rasmi. Saya akan cuba menulis dengan gaya santai supaya semua orang selesa membaca catatan saya.

Ahad, 9 Disember 2012

Transplanting Okra and Green Mustard Seedlings - Day 7

This is how seedlings look like a few after sowing day. However, still there is no sign of capsicum, sweetcorn and kailan which I sowed on the same day with okra, red amaranth and green mustard.




I thought I wanted to transplant these green mustard and okra seedlings right after their first pair of leaves appearing. But then, the greed mustard were too many. They seem strugling to survive. The okra on the other hand starting to lean all over the place. The depth of the egg paper tray could accomodate their rooting system. Therefore, I transplanted them to a bigger place yesterday.




There are some more green mustard seedlings left in the tray. I'll do it later.


I wonder why my amaranth seedlings look this skinny. Is it normal?
posted from Bloggeroid

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...