Seperti biasa saya akan bangun pagi sekitar jam 5 pagi. Bangun awal untuk menyiapkan persiapan anak ke taska dan lain-lain perkara rutin. Kebiasaannya saya turun sendirian selesaikan ruti dan bawa turun Alif ke tingkat bawah pada jam 6.30 pagi untuk mandikan dia. Tidak seperti biasa, Isnin lalu saya bawa Alif turun bersama awal pagi itu kerana dia telah terjaga dari tidur. Sementara menyiapkan beg abang-abangnya, tiba-tiba saya dapati Alif dah tertiarap. Itu adalah tiarapanya yang pertama pada jam 5.15 pagi itu. Gembiranya saya. Umur Alif pada minggu ini adalah hampir 3 bulan 3 minggu. Kurang dari dua minggu umurnya akan mencecah umur empat bulan. Sejak pandai meniarap, Alif hanya mahu tidur meniarap. Sesekali perlu diperiksa bimbang dia lemas. Bila dia sudah benar-benar terlena, saya akan baringkan dia agar tidak lemas terutama tidur malam Bimbang saya tidak sedar jika dia lemas.
Alif ini mudah dijaga. Sepanjang hari tidur di taska dan hanya bangun apabila lapar. Itupun dua kali sahaja sepanjang tempoh dalam jagaan pengasuh. Di rumah di akan minum susu sekali lagi sekitar lewat petang dan sebelum tidur. Dia akan tidur sepanjang malam dan terjaga semula pada waktu Subuh. Sebelum atau sebelum mandi dia akan menyusu semula. Dia seorang bayi kurang menyusu tidak seperti abangnya Ahmad yang merupakan seorang bayi yang kuat menyusu. Sebenarnya agak risau kalau-kalau dia kurang menyusu. Asalkan dia sihat, berat badan stabil dan tidak menunjukkan tanda-tanda dehidrasi, saya rasa keadaannya sihat. Alhamdulillah Alif seorang anak yang senang dijaga.