adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Isnin, 14 Januari 2013

Apa dah jadi?! - Kunyit


Apa dah jadi?! Ini pokok kunyit saya yang dah kekeringan sejak dua minggu yang lalu. Tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Sekarang sudah tiba masa untuk menuai umbi kunyit tersebut. Sejak ia mati kekeringan, saya telah terputus bekalan daun kunyit sebagai bahan masakan. Menyampah betul bila terpaksa beli daun kunyit dipasar dengan harga 70 sen untuk tiga helai. Waktu itu, barulah terasa berbaloi tanam sendiri. Selama ini saya hanya ada sepasu sahaja pokok kunyit. Selepas ini saya akan pastikan saya ada sekurang-kurangnya tiga pasu pokok kunyit untuk pastikan bekalan umbi kunyit dan daun kunyit tidak terputus untuk bekalan dapur. Kenapa tiga pasu? Sekejap lagi saya akan jawab.


Selepas dituai dan dibersihkan, inilah hasil galian saya. Agak banyak saya kira. Cukuplah untuk bekalan masakan bagi tempoh dua bulan (atau mungkin lebih). Kunyit boleh dituai umbinya kira-kira dalam tempoh enam bulan. Kalau tuaian sebanyak ini cukup untuk tempoh dua bulan, maka sebab inilah saya akan tanam sepasu bagi jarak dua bulan setiap satu. Kenapa tidak ditanam tiga pasu serentak? Nanti pokoknya kekeringan serentak pula. Dengan cara ini, setiap dua bulan saya akan dapat tuai umbi baru dan ia akan berterusan. Insya Allah tidak terputus bekalan umbi kunyit dan daunnya. Kalau ada lebihan umbi kunyit, bolehlah dikeringkan dan kisar halus bersama sedikit beras untuk dijadikan serbuk kunyit. Jimat lagi belanja dapur. Agak-agak betul tak perkiraan saya. Belum cuba belum tahu kan?
Kemudian, saya tanam semula sedikit umbi kecil sedikit dari satu sudu teh. Kita lihat betapa banyak hasil yang dapat saya tuai dalam masa enam bulan nanti. Turut dituai hari semalam adalah dua batang serai. Semalam, Percik Ikan Pelaling menjadi menu makan tengahari kami sekeluarga.


posted from Bloggeroid

5 ulasan:

  1. oh baru tau cara wat serbuk kunyit!
    kunyit sy belum semai lagi..hahha punya lah lupa tgk entry awk ni br teringat ada umbi kunyit tua dlm handag..dah sebulan kut...amik kat umah mak...dah ada tunas pun..hahhah mcm mak nenek pelupa sy ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy belajar buat tu dr nenek yg mengajar sy mengaji.. Dia tinggal di belakang rumah mak saya. Da meninggal da dia...al fatihah. Mcm mak nenek da nadia ni heheheh cepat2 la semai ye

      Padam
  2. mcm kat umah sy nie wanie..dl ade tanam..pastuh mcm pokok tenggelam kejap..tp isi tak cabut buang..kini lps bbrp bulan tumbuh balik lg subur pun ader...cuma sy jrg guna jer..sbb sll guna serbuk jer..nak kena blajar buat serbuk nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti bile berkesempatan sy tunjukkan cara nak buat...skang musim hujan. Payah nak keringkan...bile musim pns nanti insyaAllah sy usahakan..

      Padam
  3. walau tanam dalam pasu,bila korek banyak pula isi nya...sihat2 pulak tu.

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...