adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Selasa, 8 Januari 2013

Belalang...belalang... - Pokok Limau Purut


Sudah hampir tiga tahun pokok limau purut ini bersama saya. Entah kenapa, pokok ini lambat benar membesar. Dulu, saya letakkannya di dalam pasu kecil di bawah teduhan yang hanya menerima pancaran matahari pagi. Jarang pula dibaja. Bila dipindahkan ke pasu besar, galak juga ia berdaun. Saya pula galak menggunakan daunnya sebagai bahan masakan. Lama-kelamaan pokok merajuk agaknya bila kerap diambil daunnya. Kemudian saya pindahkan pula pasunya ke tempat yang terima pancaran matahari penuh. Galak juga ia berdaun. Malah daunnya lebih cantik berbanding di bawah teduhan. Daunnya juga lebih besar serta harum. Mungkin cahaya matahari yang lebih memberi sumber yang lebih untuk daun hasilkan makanan melalui fotosintesis. Daunnya juga gelap warnanya.

Namun, masalah lain pula timbul. Apabila muncul sahaja pucuk baharu, berbondong-bondonglah belalang kecil menyantap daun-daun muda itu. Maka, membesarlah daun yang carik tidak indah dipandang. Saya tak buang daun yang berlubang-lubang itu. Bimbang pokok tertekan kalau dibuang daun-daunnya.

Pucuk baru pun sudah muncul baru-baru ini. Risau belalang datang lagi. Apa saya harus buat ya?
posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. salam wanie..tak try ke sembur dgn racun organik tu..yg sabun campur minyak & air..try la dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh juga ya? x tahu pula..kena cubala nanti. sebenarnya saya ada sebotol racun organik tapi ada dalam stor. suami x bg buka pintu stor sbb tengah perangkap tikus. nanti terlepas pula..

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...