Dua tiga hari ini cuaca agak panas walaupun hujan pada lewat petang. Kunyit yang digali tempoh hari masih belum terusik. Saya fikir eloklah dibuat serbuk sebelum buruk mereput dalam peti. Saya bersihkan sedikit bahagian luarnya dan hiris nipis. Saya gunakan talam besi supaya dapat mempercepatkan proses pengeringan. Proses pengeringan bermula pada jam 9 pagi.
Inilah hasilnya pada jam 3 petang. Kering tapi belum cukup kering. Maksudnya kering pada zahirnya tapi seeloknya lebih garing. Hari sudah menunjukkan bibit hujan. Jadi perlu dialihkan dari jemuran. Seeloknya dijemur lagi. Tapi, hari ini saya perlu ke Kota Bharu lagi atas urusan kerja selama dua hari. Jadi, tiada masa untuk mengeringkannya lagi. Malas nak tunggu lagi sebab dah tak sabar nak kisar.
Inilah hasilnya. Saya kisar dengan sedikit beras. Warna kurang terang berbanding serbuk yang dihasillan secara komersil. Antara sebabnya adalah kunyit yang saya tuai tiada ibu kunyit yang benar-benar pekat warnanya. Saya juga rasa saya dah terlebih letak beras. Hasil kisaran juga agak kasar sebab pisau pengisar tumpul.
Malam tadi saya goreng ikan pelaling dengan serbuk kunyit ini. Harum baunya dan ada sedikit kelainan dari segi rasanya. Lebih sedap. Mungkin juga rasa sedap itu datang dari kepuasan diri. Saya agak jangka hayat serbuk kunyit tidak lama kerana tidak betul-betul kering. Lain kali saya akan keringkan lebih lama.
posted from Bloggeroid
wah..nie dah bagus dah nie wani...sy pun nak buat jgklah,..byk kunyit tak tercabut kat laman tu...
BalasPadamummu, jgn tuai sekarang sebab sy saya rs umbinye mesti belum cukup matang..bile da macam mati kekeringan mcm saya punya hari tu br boleh tuai ye..kalau x sia-sia aje menggali tapi hasilnya x ada
PadamTak pernah terfikir saya nak buat serbuk kunyit.. Kalau buat macam ni mesti lagi segar dan harum je kan. selama ni kunyit hidup saya end up kering gitu je.
BalasPadamkisar begitu saja yang kering pun boleh...x perlu letak beras pon xpe
Padamdah keluar rupanya cara wat serbuk kunyit ni...boleh try ni thanks wanie..:D
BalasPadamSama-sama nadia...dah try nanti share lah hasilnya ye heheh
Padamterima kasih memberi inspirasi buat serbuk kunyit. sebelum ni dah dua kali tuai kunyit diagihkan kepada jiran. sebab banyak sangat dan tak tahan lama dalam peti ais. Lepas tu saya cuma tanam sepasu pokok kunyit saja, untuk tuai daun. nampaknya kepas ni boleh la tanam banyak-banyak.
BalasPadamsama-sama..serbuk kunyit saya ni kurang kuning sebab ibunya x besar..kalau ibunya besar atau banyak, lebih terang warna serbuknya
PadamTerima kasih for the sharing. Saya baru nak cuba menanam kunyit dan nak buat serbuk kunyit sendiri. :-)
BalasPadamBLH BUBUH MUKA JGK KAN???
BalasPadamterimakasih ya,,,saya cari2 dari dulu
BalasPadamItu hancurkan pakai apa ya habis d jemur n kering
BalasPadam