adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Rabu, 16 Januari 2013

Roti Puree untuk sarapan


Pernah dengar atau makan tak Roti Puree? Roti ini bukanlah seperti roti biasa yang gebu. Kebiasaannya ianya dimasak garing dan dimakan bersama kari. Emak saya biasa menyediakan roti puree untuk hidangan hujung minggu. Saya juga kerap menghidangkannya untuk sarapan. Ia agak ringkas tetapi mengenyangkan kami sekeluarga. Kebiasaannya saya akan memasak Sambal Sardin Berdaun Kunyit sebagai gandingannya.
Sewaktu saya masih bekerja dengan sebuah syarikat kontraktor, saya sering memesan rakan berbangsa India untuk belikan roti puree ini untuk sarapan. Uniknya, dia membelinya dari sebuah kedai yang mana tukang masak yang juga tuan kedai adalah seorang lelaki Melayu. Rakan saya itu agak terkejut bila saya maklumkan yang emak saya selalu menyediakan roti ini.
Terdapat pelbagai versi resepi roti ini yang rakan-rakan boleh dapati. Inilah resepi roti puree versi saya.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1 sudu teh garam
¼ cawan air – anggaran
Minyak untuk menggoreng tohor.

Cara-cara :
  1. Gaulkan semua bahan kecuali air sehingga sebati dan hampir menyerupai serbuk roti.
  2. Adun dengan air sedikit demi sedikt sehinnga membentuk doh. Ketepikan untuk 10 hingga 15 minit.
  3. Bahagikan adunan kepada lapan bahagian dan bulatkan.
  4. Leperkan adunan sehinnga anggaran setebal kulit karipap atau roti canai.
  5. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Apabila minyak sudah betul-betul panas, goreng satu persatu sehingga keemasan dan toskan.
  6. Pastikan minyak betul-betul panas agar roti yang digoreng tidak menyerap terlalu banyak minyak. Kerap balikkan agar roti masak sekata dan tidak hangus sebahagian.
  7. Hidangkan dan enak dimakan bersama kari, sambal sardin, susu pekat atau begitu sahaja.

Resepi ini menghasilkan lapan keeping roti cukup untuk hidangan dua orang. Kalau nak lebih, bolehlah gandakan bahan-bahannya ya. Teringin pula nak makan roti puree ni waktu begini….


posted from Bloggeroid

13 ulasan:

  1. Boleh try ni..:D suka jugak mkn kat kedai

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak saya suka makan macam tu je .. cpun cicah dengan madu

      Padam
  2. resepi sambal sardin lak wanie..hehe

    BalasPadam
  3. My favorite since young! yum! yum!

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks malar for stopping by..i sometimes crave for this at the middle of night hehe

      Padam
  4. Sedap ni kan cicah dengan sambal sardin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap...makan begitu saja roti ni pun sedap..memang versatile sbb boleh cicah dgn mcm2 juga hehehe

      Padam
  5. Roti puree ni dia macam roti yang kalau kita pergi makan dekat kedai arab yang bila goreng jadi gelemgung tu ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. x pastila...sbb kalau gi kedai arab sy makan nasi mandey je hehe

      Padam
    2. betul kot Ibu Qistina. Kalau versi jawa pulak ada campur kelapa, namanya kuih jewer.

      Padam
  6. salam kenal wanie.selamat bersalin ya semoga ibu serta anak yang bakal lahir sihat walafiat.

    BalasPadam
  7. biasa makan roti nan/arab ja..yg ni belum try lagi

    salam kenal..akak follow sini

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...