adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Selasa, 29 Januari 2013

Keindahan Pulau Tuba

Jam 6.30 pagi, sebuah teksi sudah sedia menunggu saya. Saya ada penerbangan ke Pulau Langkawi pagi ini. Teruja kan?. Kalau pergi dengan keluarga tentulah teruja. Tetapi kalau berseorangan atas urusan kerja, kuranglah keterujaan itu. Keluar dari rumah tadi pun anak-anak masih lelap. Suami sahaja yang melambai dari pintu rumah. Saya ada lawatan tapak pusat penyelidikan marin untuk sebuah universiti di sebuah pulau yang masih "dara".
Pulau indah yang akan saya lawati adalah Pulau Tuba. Menurut seorang pegawai, keadaan Pulau Tuba sekarang tak ubah macam Pulau Langkawi dalam tahun 70an. Kawasannya berbukit bukau dikelilingi pantai yang putih pasirnya. Feri disediakan bagi sesiapa yang ingin melawat pulau ini. Tapi saya tak pasti aktiviti apa yang sesuai untuk pelancong. Tak semua tempat di sekitar pantai pulau ini bot persendirian dibenarkan mendarat. Ini kerana saya dimaklumkan oleh seorang professor bahawa terdapat terumbu karang mula terbentuk.
Air di pulau ini biru dan jernih. Suasana penempatan kampungnya sangatlah tenang. Kenederaan persendirian yang ada hanya motor dan van lusuh. Saya pasti penduduk pulau ini mendapat keperluan hariannya di Pekan Kuah dengan jarak perjalanan hampir sejam dengan feri. Berikut adalah beberapa gambar di Pulau Tuba yang saya ingin kongsikan. Subhanallah..cantik sungguh ciptaan Allah.





posted from Bloggeroid

5 ulasan:

  1. Balasan
    1. memang tenang..tp sakit mata tengok sampah bersepah-sepah

      Padam
  2. damai betul..teruja jugak tgk gambar pulau-pulau..ntah bila dapat pegi ntah lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. damai dan x sesak kepala fikir banyak masalah..sampai satu tahap terfikir nak buka kebun sbb mesti tak tau nak buat ape kalau bosan dok kat pulau hahaha

      Padam
  3. nak tanya macam mana projek penyelidikan marin?

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...