adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Khamis, 10 Januari 2013

Ayam Masak Oren


Sewaktu tengah membelek gambar dalam telefon, terjumpalah gambar masakan ini yang dah berbulan-bulan terperap. Hasrat di hati nak kongsikan resepi ini tetapi tertangguh agak lama. Sekarang barulah berkesempatan. Resepi ini saya dapat dari Weelicious. Thank you Weelicious for this superb recipe! Tiada sedikit perubahan yang saya buat terhadap resepi asal. Masakan ini sedap dimakan dengan nasi panas. Ianya masakan Cina yang agak digemari. Jika rakan-rakan tidak dapat mengakses resepi asal, di sini saya sertakan resepinya dalam Bahasa Melayu. Cubalah!

Bahan - bahan :
1 cawan jus oren
2 sudu teh halia, disagat
1 susdu teh madu
1 ulas bawang putih, dicincang
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar minyak masak
1 keping dada ayam, dibuang kulit dan didadu
1 cawan kacang pis, dikerat dua
1 cili capsicum merah, dipotong jejari

Cara-cara :
  1. Gabungkan jus oren, halia sagat, madu, bawang putih dan kicap manis dalam satu mangkuk dan adun sehingga sebati;
  2. Panaskan minyak dengan suhu sederhana dan masak ayam sehingga separuh masak, kerapkan kacau supaya tidak hangus; 
  3. Masukkan sayur-sayuran dan gaul seketika sehingga separuh masak dan keluarkan dari kuali ke mangkuk yang bersih;
  4. Masukkan campuran sos ke dalam kuali dan biarkan merenih sehingga sos telah berkurang separuh;
  5. Masukkan ayam dan sayuran yang telah dimasak ke dalam sos dan biarakn seketika; dan
  6. Siap untuk dihidangkan.



posted from Bloggeroid

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. kena cuba ni...tapi kalau takut x kena dengan selera, buat separuh resepi dulu kan?

      Padam
  2. Nampak sedap nie...tp sy tak pernah cuba..kena makan dulu br boleh try wat sendiri..takut tak jadi sbb tak tahu real taste

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh...saya mula2 ragu juga sebab x pernah cuba..takut lain pula rasanya atau x kena dengan selera..tapi okla utk tekak sy..

      Padam
  3. Balasan
    1. insha Allah sedap kak, nak pula kalau ada rencah rahsia letak sekali dalam masakan iaitu "kasih sayang" hehehe

      Padam
  4. nampak senang resepi dia,makan dengan nasi kosong sahaja pun cukup ni. Nak try buat jugak. Thank for sharing. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun biasa makan dengan nasi kosong aje..tapi agak kering sedikit sebab lauk ni tak berkuah

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...