Bendi emas ini merupakan pembelian bendi pertama saya dari Encik Iskandar. Ia disemai pada 21 Julai iaitu kira-kira enam minggu lalu. Pokok yang kecil itu pula disemai dua minggu selepas pokok yang besar disemai. Yang kecil itu umurnya lebih kurang empat minggu.
Pada minggu lalu, pokok bendi emas saya telah mengeluarkan bunganya yang pertama. Tinggi pokok adalah sekitar satu kaki. Bunga yang pertama itu tidak menghasilkan buah. Buah yang ada itu hasil dari bunga yang kedua. Agak cepat buahnya membesra iaitu hampir seinci dalam sehari. Gamabr buah ini diambil pada 2 September. Besarnya lebih sedikit dari seinci. Esoknya saya tuai kerana bimbang buahnya tua di pokok jika lambat tuai. Waktu dituai saiznya lebih sedikit dari dua inci.
Jika diperhatikan, sudah agak banyak putik bunga akan keluar. Lepas ni boleh menuai bendi cukup untuk makan seorang. Suami saya kurang gemar makan bendi. Bendi enak direbus dicicah budu, dimasak kari atau asam pedas, ditumis kering dan lain-lain. Bolehlah mula mencari resepi bendi untuk kepelbagaian rasa.
Salam, Wanie...bestnya byk jgk tu buah untuk sepokok.....bendi kalau goreng celup tepung pon sedap..makan dgn sambal kicap....:)
BalasPadambetul tu.. buat macam tempura sedap juga
Padam