Harapnya mak saya tidak kisah saya ambil gambar-gambar ini dari lama fb-nya. Sejak dua tiga minggu lalu ayah saya telah mula menuai hasil dari kebun di tepi rumah. Antara tanaman yang telah dituai adalah kangkung, kobis , daun selasih Thai dan cili padi thai. Tanaman lain seperti sawi, pegaga, pudina dan kesum masih belum cukup matang untuk di tuai. Segar sungguh tanamannya. Cemburu saya. Untunglaha ayah saya kerana tanah di kawasan di sekitar rumah kami memang subur. Ini kerana kawasan ini dulunya padang ragut lembu suatu masa dahulu. Ketika masih bersekolah dahulu, saya hampir tidak menggunakan baja langsung untuk menyuburkan tanaman kerana tanahnya yang subur.
Lihatlah kobis ini. Gemuk-gemuk daunnya. Ayah saya tuai kobis ketika jantungnya masih kecil namun isinya manis dan segar. Masih banyak lagi belum dituai. Nampaknya jimatlah belanja dapur ayah saya. Emak saya masak kobis ini dengan pelbagai cara. Kadangkala ditumis atau dimasak lemak putih dengan selasih Thai.
Rasanya selasih Thai yang ayah saya tanam ini mungkin sudah hampir sepuluh keturunan berada di laman rumah ayah saya. Biasanya saya buat rencah penyedap rasa sos spageti. Enak juga dibuat ulam mentah dicicah budu bersama tempoyak bercili. Benih selasih Thai ini asalnya dari Taman Herba Hospital Putrajaya. Ayah saya ambil sedikit ketika melawat saya di hospital pada tahun 2009 iaitu ketika saya melahirkan Ameer.
Ini pula cili padi Thai. Merimbun dengan buah cili. Gemuk pula tu. Jenuh memasak menggunakan cili padi Thai ini sampaikan ayam goreng kunyit biasa pun emak saya hiaskan dengan cili padi Thai yang digoreng layur. Sedap juga makan nasi panas dengan ayam goreng kunyit bertatahkan cili padi Thai digoreng layur. Turut digoreng layur adalah hirisan bawang Holland menambahkan kemanisan gorengan ayam.
Kangkung memang menjadi sayur pilihan utama ayah saya tatkala bercucuk tanam. Biasanya emak akan buat kangkung sebagai rencah nasi goreng ataupun digoreng tumis sahaja. Dua minggu lepas emak masak pecal sayur. Sedap sungguh meratah pecal dengan kerangupan kangkung celur yang segar diambil dari kebun ayah.
wow! hebatnya kebun ayah dia, jelesnya saya!
BalasPadamSalam Wanie,
BalasPadamSubhanallah........jelesnye saya tgk.keke...... subur betul tanah di rumah parent wanie.
wah wanie...memang subur betul tanah kawasan umah parent awk ni...semua subur2 tanaman...kobis tu sy kagum..nak jadi mcm tu bila lah agaknya..takat ni cubaan tanam kobis tak menjadi walaupun guna tanah yg dibeli...
BalasPadamwah mmg subur2 semuanya..kangkung tuh seronok tgk
BalasPadamgeramnyaaaa tgk semua pokok kat kebun ayah Wanie tu.....ni yg buat lg semangat nak berkebun ni.....walaupon takde tanah...hehehe ;)
BalasPadamassalamualaikum Wanie...salam perkenalan dari saya..mmg teruja bila tengok kobis ayah Wanie...subur2 semuanya..sebelum nie pernah semai kobis tapi masih belum lagi bejaya...
BalasPadamSgt2 subur sayur2 ni..kobis tu...wah....
BalasPadamSalam kenal dr sya yg suka berkebun :D
Berjaya tanam kobis! Sukanya akak tengok..
BalasPadam