adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Isnin, 2 September 2013

Kuasa Dakapan

Di Konvensyen Bidadari 2013 yang lalu, saya tertarik dengan pengisian sesi bersama Dr. Rubiah Kulop Hamzah yang bertajuk “Membentuk Keluarga Membangun Ummah”. Saya masuk agak lewat sesi ini namun baki masa yang saya dapat sertai sangat padat pengisiannya. Harap masa depan saya tidak ketinggalan mengikuti dari awal. Apa yang membuat saya tertarik adalah tentang kuasa dakapan atau pelukan.

Kata Dr. Rubiah, apabila kita memeluk seseorang, bukan sahaja jasad kita yang rapat malah hatinya juga rapat dengan kita. Peluklah anak kita terutamanya sekurang-kurang dua kali sehari supaya hatinya dekat dengan kita. Dr. Rubiah juga ada menceritakan kisah seorang anak yang janggal memeluk ibunya tatkala mahu menyuapkan ubat buat ibunya yang terlantar sakit. Akhirnya si ibu menyuap sendiri ubatnya. Ibu yang lembut hati dan jiwanya serta sering memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang melahirkan anak yang dekat dihati dan jasad, melahirkan anak yang lembut pada pasangan dan pada anak-anaknya.

Sedikit masa dulu, Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah juga pernah berkata bahawa pelukan yang baik adalah dada bertemu dada. Ini kerana secara fizikalnya jantung kita hampir saling bertemu berkongsi getaran yang sama. Jadi, peluklah orang tersayang dari depan.

Prof. Dr. Muhaya juga pernah kongsikan cerita seorang anak yang jauh hati dengan ibunya. Agak lama dia hanya bersalam acuh tak acuh saja dengan ibunya. Setelah beberapa lama, dia pun mula bersalam dan peluk cium ibunya setiap pagi sebelum keluar berkerja. Awalnya dengan berat hati serta tanpa keikhlasan hadir. Lama-kelamaan dirasakan dirinya semakin dekat dengan ibunya.

Dalam sesi kelmarin juga, Dr. Rubiah juga telah menyatakan bahawa kuasa pelukan ini besar. Sebab itulah jangan sesekali biarkan anak khususnya anak gadis miskin pelukan. Dewasa ini ramai anak gadis yang tewas dalam pelukan teman lelaki. Anak gadis yang miskin pelukan runtun jiwanya apabila dipeluk maka tersentuhlah emosinya. Akhirnya jiwa dan raga menjadi korban.

Peluklah orang yang tersayang agar sentiasa dekat dihati.

5 ulasan:

  1. Salam kenal dan salam Syawal =)

    Saya tertarik dengan entri ni.
    Dah lama dengar tentang pentingnya memeluk anak setiap hari.
    InsyaAllah anak memang akan jadi seorang yang lembut
    hati dan patuh pada orang tuanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh lupa nak tambah,
      sebenarnya kalau anak lelaki saya (umur 4 tahun) yang agak notti
      tu meragam,saya dapati lepas kalau slow talk pun dia taknak dengar,
      saya try peluk dia(walaupun dia meronta-ronta),nanti dia akan cepat
      calm down dan air mukanya jadi lembut semula..masa peluk tu tak payah
      cakap apa-apa kat dia pun takpe,cuma dalam hati kita rasakan kasih sayang
      kita kat dia.

      Padam
    2. samalah...kalau geram saya peluk dia erat-erat. lepaskan geram dengan peluk dia tapi jgn sampai menyakitkan dia

      Padam
  2. assalamualaikum, saya admin imuslim.my penganjur konvensyen bidadari, izinkan saya berkongsi nota ini di web imuslim ya?

    fb saya https://www.facebook.com/agmnhob
    email saya zul@imuslim.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, terima kasih kerana sudi mengongsikan nota saya ini. saya terharu. semoga nota saya ini mendapat manfaat kepada yang membaca.

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...