adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Khamis, 12 September 2013

Mulberi Berdaun Dan ….. ?! – Minggu 3


Selepas mula bertunas minggu lalu, saya agak jarang beri perhatian kepada tanaman saya. Ini kerana hujan yang turun pada setiap petang menghalang saya menjenguk tanaman. Kebetulan hujan turun agak awal kelmarin dan tibanya saya di rumah, hujan telahpun reda. Di kesempatan itu, sempat saya membelek semaian mulberi saya. Apabila dibelek-belek, kelihatan ada benda berbulu yang turut keluar bersama tunas daunnya. Rupa-rupanya ada di antara semaian mulberi saya telah turut mengeluarkan putik buahnya. Setakat ini, sudah tiga putik buah mulberi kelihatan. Teruja saya melihatnya. Tidak sabar rasanya untuk merasa tuaian mulberi pertama saya. Harapnya buah mulberi saya tidak dikerjakan oleh semut-semut yang riang gembira berkeliaran di bibir pasu.


3 ulasan:

  1. Salam wani,

    memang pokok mulberi cepat berbuah....kecik2 pon dah berbuah.....

    BalasPadam
  2. Assalamkm Wani,

    Bagusnya keluar tunas dan buah sekali gus pokok Mulberi tu, Saya pun nak pruning juga la pokok Mulberi yg hanya keluar daun je tu.

    BalasPadam
  3. betul tu.semaian keratan mulberi saya pun bertunas dan berbuah sekali.hrap dpt merasa tuaian pertama saya.salam kenal.

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...