adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Memaparkan catatan dengan label ati-ati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ati-ati. Papar semua catatan

Selasa, 28 April 2015

Bunga-Bunga Hujung Minggu


"The earth laughs in flowers."
Ralph Waldo Emerson

Rasanya jarang sekali ada hari yang tak hujan di Putrajaya sepanjang dua tiga bulan ini. Hujan akan turun setiap lewat petang kadang kala sehingga ke pagi. Sepanjang hari matahari akan bersinar. Disebabkan hujan, langit juga cerah. Dengan cuaca yang begitu baik dan pokok-pokok dibaja selang dua minggu, membuatkan pokok-pokok berbunga segar di laman rumah. Ada juga pokok-pokok yang gondol disebabkan kerakusan siput-siput babi yang rancak berkeliaran di laman di musim lembap ini. Banyak betul siput seolah-olah datang seekor kemudian di”helo”kan kawan-kawan yang lain supaya bertandang sama. Apa-apa pun, bunga-bunga yang kembang di taman hujung minggu lalu mengubat rasa kecewa pada siput-siput babi.

Bunga kertas putih

Bunga kertas merah jambu terang

Chocolate Swirl Coleus - pokok ati-ati

Purple Faux Feathers
Peach Beladona Amaryllis

Selasa, 27 Januari 2015

Chocolate Mint & Duke of Swirl Coleus

Hari ini nak kongsi gambar lapuk lagi. Gambar yang saya nak kongsi hari ini adalah gambar tanaman hiasan di laman rumah saya pada Disember tahun lalu. Pada waktu itu, hujan turun saban hari. Saya suka musim hujan. Saya tak perlu luangkan masa menyiram pokok tanaman saya namun pokok-pokok saya tetap segar dan berbunga. Yang tidak berbunga pun apa kurangnya macam pokok ati-ati saya ini.

Di rumah saya hanya ada dua jenis ati-ati sahaja. Yang berdaun coklat dengan sisi daun berwarna hijau ini namanya Chocolate Mint Coleus. Saya ambil benihnya dari rumah mertua saya. Mudah sahaja nak menyemainya. Saya ambil pucuknya kira-kira dalam 3 inci panjang dan segera semai dengan tanah yang sedikit lembab di kawasan yang terkena sedikit cahaya matahari. Pejam cilik dah tumbuh segar. Daunnya akan lebih banyak berwarna hijau jika diletakkan di tempat redup. Warna coklat daunnya akan lebih meneyrlah setelah diletakkan di tempat yang terkena cahaya matahari penuh. Setakat ini saya sudah semai dua pasu kecil ati-ati jenis ini buat mengisi kekosongan ruang di antara pasu-pasu besar. 

Chocolate Mint Coleus
Ati-ati yang bercorak batik ini namanya Duke of Swirl Coleus. Warnanya bercorak ungu gelap dan hijau. Jika diletakkan di tempat teduh, warna ungu akan mendominasi dan warna hijau hampir tidak kelihatan. Jenis yang ini setakat ini hanya ada satu pasu sahaja. Cepat sungguh pokok ini membesar. Untuk menjadikannya merimbun, saya kerap buang pucuknya supaya tumbuh lebih banyak cabang. Seminggu dua ini rupa pokok ati-ati saya kurang cantik kerana baru dicantas. Pucuk baru pula masih kecil jadi kelihatan agak botak. Nanti bila sudah cantik dipandang saya akan kongsikan gambarnya.


Duke of Swirl Coleus

Nampak sedikit ceria laman saya dengan kehadiran ati-ati. Sebelum ini hanya kehijauan dapat dilihat kecuali sekali sekala ada pokok yang berbunga. Lepas ni nak tambah lagi koleksi ati-ati pelbagai warna.

Isnin, 3 November 2014

Pokok Ati-Ati (Coleus) Pertama Saya



Pokok ati-ati ini saya dapat dari rumah mertua saya. Saya ambil benih dengan mematahkan pucuknya kira-kira sejengkal. Sampai saja di rumah, segera saya rendamkan di dalam air pangkalnya. Setiap hari airnya ditukar ganti. Setelah hampir seminggu tiada tanda akar akan muncul. Pangkalnya pula hampir lembik. Segera saya cucukkan ke atas tanah di bawah lindungan. Kawasan tanah semaian itu menerima pancaran matahari pagi. Hampir dua minggu ia di sana bersama-sama keratan ati-ati yang lain. Ada dua warna. Yang ini dan satu lagi ungu gelap warnanya. Ati-ati berdaun gelap itu masih terlalu kecil. Kira-kira lebih sedikit dari satu inci. Itu sahaja yang sempat diselamatkan kerana pangkalnya lembik tak dapat diselamatkan. 

Ati-ati berdaun hijau merah ini ada dua anak pokok kecil yang berjaya hidup dalam kotak semaian. Hujung minggu lalu sempat dialihkan ke pasu. Setelah dialihkan ke dalam pasu, ati-ati diletakkan di kawasan yang kena cahaya matahari dari pagi hingga lewat tengah hari. Harapnya warna merah daun lebih menyerlah kerana ati-ati sukakan cahaya matahari.

Dari http://thepuregardener.blogspot.com/2010/03/miniature-topiaries-are-here.html
Hajat di hati hendak membentuk ati-ati ini menjadi topiari. Melalui pembacaan saya, pokok ati-ati yang tumbuh menegak diperlukan untuk membentuk topiari. Anak pokok dibiarkan hidup tumbuh menegak sehingga mencapai ketinggian yang diingini. Cantas semua pertumbuhan dahan di bahagian tepi pokok. Setelah mencapai ketinggian yang sesuai, pangkas pucuk pokok bagi menggalakkan pertumbuhan dahan baru. Buang pucuk-pucuk baru setiap kali keluar dahan baru untuk menjadikan hujung pokok lebih “bushy”. Saya harap saya berjaya.

Rujukan:
  1. How to make a coleus topiary
  2. How to Make a Coleus Topiary


posted from Bloggeroid

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...