adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Memaparkan catatan dengan label how to. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label how to. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Julai 2015

Tips Menghilangkan Bau Busuk Pada Pakaian

Walaupun saya ni bekerja di pejabat, kadang-kadang menangis juga ketiak kalau dah bergerak ke sana ke mari menyelesaikan tugasan. Belum keluar rumah pagi-pagi pun dah berpeluh dalam baju kerja menguruskan anak-anak ke taska/tadika. Balik dari pejabat, berpeluh pula menguruskan anak-anak. Kadang-kadang belum sempat duduk pun dah ke dapur sediakan kudapan ringan untuk minum petang sementara makan malam belum disediakan. Memang di akui bau peluh badan melekat pada baju kerja. 

Yeah, I feel bad when I smell bad...

Sebahagian besar koleksi baju kurung saya adalah dibuat dari kain kapas. Malu saya bila bau badan melekat pada baju-baju kurung. Segan juga nak duduk dekat-dekat dengan kawan-kawan. Nak pakai semula baju yang siap dibasuh pun malu sebab masih berbau. Suami yang memang tugasnya membasuh baju kami sekeluarga pun ada menegur. Saya dah cuba sental baju terutama di bahagian ketiak dengan sabun pencuci, sabun mandi dan juga syampu. Namun masih belum berjaya sehinggalah saya berjaya dengan menggunakan cuka makan.

Saya dah cuba teknik ini beberapa kali dan hasilnya memang memuaskan.

Gambar hiasan dari google search. Cuka makan.

Saya akan mencampurkan setengah cawan cuka makan dengan 3 liter air (lebih kurang setengah baldi). Rendam baju sepenuhnya dalam air yang dicampurkan cuka semalaman. Sebaiknya gosok sedikit bahagian ketiak dan leher dengan air rendaman untuk pastikan air rendaman meresap di bahagian yang berbau. Saya pernah rendam selama beberapa jam tapi hasilnya kurang memuaskan. Jadi sebaiknya rendam semalaman. Saya sarankan cuba rendamkan sebahagian kecil pakaian dahulu di bahagian yang terlindung untuk uji sama ada kain sesuai atau tidak untuk air rendaman tersebut. Saya pernah rendam t-shirt, baju kurung dari bahan kain kapas, baju kurung dari kain sutera dan baju kurung dari kain sifon. Alhamdulillahlah, warna kain tidak luntur. Setelah direndam semalaman, bilas pakaian dengan air bersih dan basuh seperti biasa. Bau cuka akan lekat di pakaian namun akan hilang setelah pakaian kering. Insya-Allah, pakaian akan berbau segar dan tiada lagi bau badan melekat pada pakaian. Tambahan pula, air cuka yang disental pada bahagian ketiak baju juga dapat menghilang sisa deodoran yang melekat. Jika tidak banyak, sebahagian akan tetap dapat dihilangkan.

Bagaimana ia berkesan? Bau busuk terjadi adalah disebabkan tindakan bakteria. Sifat berasid cuka ‘memotong’ membran bakteria dan menyebabkan bakteria mati. Justeru itu, ini menyebabkan bau busuk hilang. 

Rendaman air cuka dapat menghilang bau busuk pada pakaian. Namun jika bau pada badan masih belum dapat dihilangkan, maka bau busuk akan kembali melekat pada pakaian semula. Jadi, langkah-langkah untuk menghilangkan bau badan perlu diambil bagi mengelakkan bau badan yang kurang enak melekat pada pakaian. Jika terjadi lagi, silalah rendam pakaian lagi dalam air cuka.

Rabu, 29 April 2015

Cara Hentikan Langganan Caller Ringtones/Tunes DiGi

Biasanya kalau ada orang yang telefon saya mesti ada yang komen fasal caller ringtone/tunes saya. Ada masanya saya dimaklumkan caller ringtone/tunes saya macam lagu di lobi hotel. Ada juga yang maklumkan kadangkala lagu Tamil dan kadangkala lagu Hindustan. Saya pun hairan sebab seingat saya tak pernah pula saya langgan caller ringtone/tunes

Sehinggalah pada suatu hari suami saya semak bil telefon yang selama ini tak pernah semak sebab malas nak semak online. Rupa-rupanya setiap bulan toyol warna kuning ambil duit saya RM3. Kalau setahun dah RM36. Kalau dua tahun dah RM72. Kalau lima tahun, RM180!. Kalau dah masuk GST mulai tahun ini boleh mendatangkan marah Mak Jemah ni. Saya dah jadi pelanggan sejak tahun 2001. Selama 14 tahun dah beratus terbang secara kasarnya. Ini tak boleh jadi!.

Maka saya pun mencari-cari caranya nak hentikan langganan dan akhirnya terjumpa. Saya rasa dulu mungkin langganan ini dibuat secara tidak sengaja masa promosi kemudian saya terlupa. Jadi, untuk hentikan langganan anda cuma perlu hantarkan CT OFF ke nombor 20000. Langganan akan dihentikan. InsyaAllah, toyol kuning tidak lagi ambil RM3 setiap bulan. Selamat mencuba!


Isnin, 21 Januari 2013

Serbuk Kunyit Buatan Sendiri


Dua tiga hari ini cuaca agak panas walaupun hujan pada lewat petang. Kunyit yang digali tempoh hari masih belum terusik. Saya fikir eloklah dibuat serbuk sebelum buruk mereput dalam peti. Saya bersihkan sedikit bahagian luarnya dan hiris nipis. Saya gunakan talam besi supaya dapat mempercepatkan proses pengeringan. Proses pengeringan bermula pada jam 9 pagi.


Inilah hasilnya pada jam 3 petang. Kering tapi belum cukup kering. Maksudnya kering pada zahirnya tapi seeloknya lebih garing. Hari sudah menunjukkan bibit hujan. Jadi perlu dialihkan dari jemuran. Seeloknya dijemur lagi. Tapi, hari ini saya perlu ke Kota Bharu lagi atas urusan kerja selama dua hari. Jadi, tiada masa untuk mengeringkannya lagi. Malas nak tunggu lagi sebab dah tak sabar nak kisar.


Inilah hasilnya. Saya kisar dengan sedikit beras. Warna kurang terang berbanding serbuk yang dihasillan secara komersil. Antara sebabnya adalah kunyit yang saya tuai tiada ibu kunyit yang benar-benar pekat warnanya. Saya juga rasa saya dah terlebih letak beras. Hasil kisaran juga agak kasar sebab pisau pengisar tumpul.

Malam tadi saya goreng ikan pelaling dengan serbuk kunyit ini. Harum baunya dan ada sedikit kelainan dari segi rasanya. Lebih sedap. Mungkin juga rasa sedap itu datang dari kepuasan diri. Saya agak jangka hayat serbuk kunyit tidak lama kerana tidak betul-betul kering. Lain kali saya akan keringkan lebih lama.
posted from Bloggeroid

Ahad, 25 November 2012

How do you keep your sugar?

I used to have problem keeping away ants from my sugar. Even when the sugar were placed in airtight container, the ants keep coming.

My father sugested to put in some cloves in the container. It works for quite sometimes but then the ants came again. Later, I put a few cinnamon sticks and it works! (for almost a year now).

The cloves and the cinnamon does not only keeps away the ants fron my sugar, but also make my sugar smells good without changing the taste of it.

How do you keep your sugar?


posted from Bloggeroid

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...