adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Memaparkan catatan dengan label sawi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sawi. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Oktober 2015

Bunga-Bunga Tanaman Makanan di Kebun Sejemput

Syukur dalam minggu ini hujan turun pada setiap hari dan disebabkan itu saya tak menyiram pokok langsung minggu ini. Mungkin sebab itu pokok-pokok lain laman belakang dan laman depan banyak yang berbunga antaranya kacang botor, sawi dan selasih. Kacang botor perlu dibaja bila berbunga supaya menghasilkan buah. Kalau tidak bunganya akan gugur begitu sahaja.






Sawi ini pula memang sengaja tidak dituai sebab daunnya habis dimakan siput setelah tumbuh semula dari keratan batang tuaian pertama. Bunganya dibiarkan sahaja untuk diambil benihnya kelak. Bunga selasih pula dibiarkan untuk galakkan serangga datang supaya bunga cili dapat didebungakan. Namun sayang, masih belum ada rezeki cili berbuah banyak, bunga sahaja yang gugur. Mungkin selepas dibaja minggu ini akan mendatangkan sedikit hasil.

Bunga Sawi

Bunga Sawi

Bunga jantan labu manis pun ada tapi tak sempat pula nak ambil gambarnya. Mungkin sebab dah jemu tengok bunga jantan. Bilalah agaknya bunga betina nak keluar. Minggu saya akan cuba ikhtiar tabur sisa ikan bilis pula untuk galakkan keluarnya bunga betina. Mungkin dalam seminggu dua dapat tengok hasil sama ada keluar atau tidak bunga betina.

Bunga Selasih Thai

Selasa, 20 Oktober 2015

Semaian Kacang Panjang dan Tunas Tumbuh Semula Sawi

Setelah dua minggu saya semai kacang panjang di plot no. 2, kini anak-anak kacang panjang sudah semakin membesar. Saya juga dah sediakan pancang yang agak baik untuk kacang panjang membesar. Dalam tempoh dua minggu sahaja sudah banyak daun yang tumbuh dan pembesarannya agak laju. Saya memang tak ada niat nak buang mana-mana anak pokok yang tumbuh buat masa sekarang sebab sayang pula rasanya. Ada juga saya lihat anak pokok yang agak lambat dari yang lain. Mungkin saya patut biarkan tiga sahaja tumbuh supaya kurang persaingan. Minggu lepas saya agak kurang menyiram tanaman saya sebab hampir setiap hari pulang dari pejabat hampir gelap jadi tak ada masa nak ke laman belakang. Saya masih belum baja pokok-pokok kacang saya cuma hujung minggu lalu saya ada siram dengan baja roti. Harap tidak menjejaskan anak-anak pokok yang masih muda.

Semaian kacang panjang berumur 4 hari, disemai pada 4 Okt. 2015

Semaian kacang panjang berumur 4 hari, perkembangan pada 8 Okt. 2015

Semaian kacang panjang berumur 14 hari, gambar pada 17 Okt. 2015

Sawi di plot 1 juga makin besar sejak dicantas juga saban hari. Mungkin seminggu dua lagi bolehlah menuai sawi yang tumbuh dari pangkal sawi hasil tuaian pertama. Ada juga sawi yang dah dimakan siput tapi hanya sehelai dua sahaja tidak menjejaskan tanaman sepenuhnya. Sabtu lalu saya goreng sawi tuaian pertama untuk makan tengah hari, rasanya manis dan rangup. Saya segera masukkan sawi yang dituai dulu di dalam bekas kedap udara sebelum disimpan dalam peti sejuk untuk kekalkan kesegaran sayur. Walaupun sudah lebih seminggu berada di dalam peti sejuk, sawinya masih segar lagi.

Plot No. 1 yang agak kosong

Tunas-tunas sawi yang membesar dari cantasan sawi tuaian pertama
Sekarang ini saya sedang gemburkan batas baru yang akan dijadikan plot no. 3. Saya merancang untuk tanam jagung manis sekali lagi dan beberapa jenis sayur berdaun di plot ini.

Khamis, 8 Oktober 2015

Tunas Baru Di Plot No. 1

Setelah tiga hari tak menjenguk kebun di belakang rumah, semalam saya berpeluang menjenguk seketika. Selama tiga hari tu hujan turun setiap hari jadi tak perlu risau tanaman mati kekeringan. Yang saya risau takut-takut akar terlalu basah sebab terlalu lembap. Di plot no. 2 tiada perkembangan menarik selain pokok-pokok cili tengah galak berbuah tapi lupa pula ambil gambar. Jadi hari ini nak tunjuk cerita-cerita rezeki di plot no.1 sahaja.


Hujung minggu lepas saya memang sengaja tinggalkan sebahagian pangkal sawi saya untuk tengok sama ada pucuk baru akan tumbuh atau tidak. Bila dibelek-belek sawi memang ada pucuk baru tumbuh sehingga tiga pucuk yang keluar untuk sepokok sawi. Sawi yang belum dituai minggu lepas sebab terlalu kecil juga membesar. Selepas dituai sawi minggu lepas memang saya ada letakkan baja. Syukur Alhamdulillah. Dalam seminggu dua lagi dapat lagi tuai sawi.


  

Ahad lepas juga saya ada semai enam biji kacang panjang hasil pemberian mak mertua saya. Tak sangka masih bernas benihnya dan semuanya tumbuh dengan baik sehingga semalam. Saya sekarang tengah berkira-kira sama ada nak redah semak untuk cari dahan-dahan kecil untuk dibuat pancang atau beli sahaja dari kedai sebab kedua-duanya malas nak diusahakan (hehehe). Jadi buat masa ni saya letak saja sebatang kayu buat jadi pancang sementara.




Sebenarnya saya juga semai bayam merah dan bendi di plot ini dari benih lama yang saya jumpa tapi nampaknya belum keluar tanda-tandanya lagi. Mungkin sudah tidak bernas atau belum masanya. Biasanya benih akan ambil masa sekitar 3 hingga 5 hari sahaja untuk tumbuh. Di rumah saya memang banyak stok benih yang saya beli lama dahulu. Sekarang saya dalam proses habiskan semua benih lama sebelum melayan nafsu tamak haloba beli benih yang baru.

Isnin, 5 Oktober 2015

Sawi Dah Dituai

Hari ni Cuma nak bagi tau yang sawi Ameer semai dan saya tanam di batas plot no. 2 belakang rumah dah selamat dituai. Asalnya nak tunggu tuai hujung ni tapi bila perasan ada satu pokok dah habis dimakan siput, maka Sabtu lepas saya tuai semuanya. Penuh secekak macam dijual di pasar tani. Lepas dituai, daun-daun dicuci bersih dari pasir dan dimasukkan ke dalam besar sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Malam semalam, sawinya masih segar dan terdengar kerangupannya semasa dipotong sebahagian tuaian sebagai ramuan mi goreng. Sebahagian lagi masih disimpan dalam peti sejuk. Sabtu lepas saya tuai hanya potong di pangkal sahaja dengan pisau yang tajam. Saya tak cabut akarnya tapi masih tinggalkan sebaris daun di bahagian pangkal dengan harapan pucuk baru akan tumbuh. Semalam saya baja dan siram seperti biasa. Tengoklah dalam sehari dua ini ada atau tidak pucuk baru.

Sawi berumur tiga minggu, dua minggu selepas disemai, seminggu selepas dipindahkan ke batas.

Sawi dalam anggaran dua bulan - minggu lepas

Sawi dituai bersama pucuk ubi kayu

Isnin, 28 September 2015

Cerita Plot No. 1

Minggu ni saya nak mulakan dengan cerita tentang plot no. 1 saya. Plot ni sebelum ini ditanam dengan jagung manis. Sekarang jagung manis ini dah di penghujung hayat. Salah satu pokoknya dah kuning bersama setongkol jagung. Tongkol jagung yang ada adalah yang kedua. Ada setongkol jagung lagi yang masih ada tapi penuh dengan hama. Hujung minggu ini semua pokok jagung ini akan dicabut untuk memberi laluan kepada tanaman baru. Asalnya plot ini penuh dengan sungkupan. Tapi saya alihkan semua sungkupan dan buang semua rumpai yang tumbuh termasuk pokok semalu yang bermaharajalela sampai hampir dua kaki menjalar. Nampak terang sikit plot ini.


Dalam plot ini asalnya ada pokok timun juga tapi habis dimakan kumbang. Saya semai selasih Thai untuk elakkan kumbang tapi sayang terlambat. Timun akhirnya mati.


Hampir dua bulan lepas, ada belajar tentang tumbuhan di sekolah tadikanya. Jadi, anak-anak telah belajar menyemai sawi dan jaga sampai tumbuh. Penuh sepasu kecil anak-anak sawi bila dia bawa pulang seminggu kemudian. Setelah seminggu di rumah, barulah saya pindahkan ke plot ini.


Asalnya pertumbuhan sawi ini sangatlah perlahan walaupun dibaja setiap minggu. Mungkin sebab bersaing dengan rumpai-rumpai yang ada sama-sama tumbuh dalam plot ini. Daunnya juga banyak yang rompong dimakan siput. Bila dialihkan sungkupan, banyak betul siput yang bersembunyi. Itulah ragamnya bila ada sungkupan daun kering, siput suka menyorok di bawah sungkupan sebab sejuk.


Semalam petang sempatlah saya jenguk kebun sejemput belakang rumah. Terkejut saya. Cepat juga sawi ini membesar walaupun tanpa jagaan dalam tempoh enam hari ditinggalkan. Risau juga takut mati kekeringan sebab tak ada sungkupan dan tidak disiram. Mungkin ada hari yang hujan. Minggu lepas juga ada saya siram dengan air basuhan beras dan ikan. Berbaloi-baloi rasanya walaupun tak semua dapat hidup ke tahap ini. Kalau tuai hujung minggu ni mungkin dapat dalam semangkuk sawi goreng. Tak sabarnya!!


Sabtu, 30 Mac 2013

Semaian Sawi Kali Kedua - Hari ke 4


Ini  kali kedua saya menyemai sawi bunga. Kali pertama semai tidak berjaya dituai. Semua benih dimusnahkan selepas beberapa bulan tiada perkembangan memberansangkan. Ini mungkin semaian kali terakhir sebelum saya bersalin dalam tempoh sebulan lebih dari sekarang. Selepas disemai hari Ahad yang lalu, benih mula bercambah pada pagi hari Selasa iaitu pada hari ketiga selepas disemai. Menjelang pagi Rabu, semua anak benih telah muncul. Sebenarnya saya merancang untuk menyediakan medium tanah untuk memindahkan semaian ini sejurus selepas benih ini muncul. Saya merancang untuk menggemburkan tanah dari nurseri bersama baja tinja ayam dan campuran peatgrow. Namun rancangan itu tidak sempat dilaksanakan akibat kekangan masa. Hujung minggu ini pula kami pulang ke kampung. Jadi terpaksa ditangguhkan. Harapnya sempat digaulkan medium tersebut dan diperap beberapa hari bagi membolehkan semaian sawi ini dipindahkan sekurang-kurang selepas daun sebenar pertama mula tumbuh. 

Alhamdulillah cuaca agak baik dengan hujan dilewat petang atau malam. Jadi semaian ini tidaklah tertekan akibat kepanasan. Pada masa ini semaian sawi tersebut masih berada di bawah teduhan yang menerima sinaran matahari pagi. Selepas dipindahkan nanti semaian ini akan dikuatkan dengan meletakkannya di kawasan yang terkena panas pagi sebelum dipindahkan sepenuhnya ke kawasan kebun sejemput yang menerima cahaya matahari sepanjang hari. Saya juga sedang berkira-kira untuk menyediakan teduhan untuk semaian ini.


posted from Bloggeroid

Jumaat, 1 Februari 2013

Sawi Pindah Rumah - Minggu 8


Kalau orang lain sudah mampu tuai sawi pada mingg ke empat hingga minggu ke enam, saya masih lagi terkial-kial membesarkan sawi saya. Sawi saya kecil lagi. Saya kira mungkin ini disebabkan ruang yang kecil untuk ia terus membesar. Sejak minggu lalu saya dah gemburkan sedikit kawasan dalam kebun sejemput untuk pindahkan sawi-sawi saya. Memandangkan hari ini Hari Wilayah, maka saya telah sedia seawal pagi untuk memindahkan sawi-sawi saya. Saya jarakkannya kira-kira sejengkal antara satu sama lain. Memadaikah dengan jarak sebegitu untuk ia membesar?
Kawasan ini agak teduh pagi tadi. Ia beransur-ansur terima cahaya matahari penuh menjelang tengahari. Saya harap cambahan sawi saya mampu bertahan dengan suhu panas sehingga petang. Mujurlah saya ada di rumah selama tiga hari berturut-turut sempena cuti Hari Wilayah dan hujung minggu. Dapatlah saya meninjau ketahanan sawi-sawi ini dalam tempoh tiga hari ini. Harapnya dapatlah ia membesar dengan sihat di "rumah" barunya.
posted from Bloggeroid

Jumaat, 18 Januari 2013

Cambahan Sawiku.. - Minggu 6


Ha! Sampai tiga “update” tanaman hari ini. Maklumlah, hampir dua minggu tidak menulis sebarang catatan tentang tanaman saya. Inilah rupanya cambahan sawi yang dah berumur enam minggu. Kalau dilihat perbezaan antara catatan terakhir pada minggu keempat, ada sedikit perkembangannya. Cuma perkembangannya agak perlahan. Saya perlu kerapkan aktiviti membaja cambahan sawi ini sekurang-kurangnya setiap dua minggu. Ini untuk memastikan cambahan ini menerima nutrien yang secukupnya untuk terus berkembang. Sejak dipindahkan ke luar laman, cambahan ini nampak tidak teruk terjejas berbanding banih-benih tomato yang semakin merudum perkembangannya. Sekarang ini saya perlu kerapkan penyiraman serta penjagaan agar tidak diserang serangga yang dikhuatiri akan menyerang daun-daunya.
posted from Bloggeroid

Khamis, 3 Januari 2013

Sawi Sudah Sebulan - Minggu 4



Sudah empat minggu umur benih-benih sawi ini. Kalau diikutkan pembacaan saya, dalam tempoh 8 hingga 12 minggu semaian sudah boleh tuai. Jadi, mengikut perkiraan saya, kira-kira 4 hingga 8 minggu lagi dapatlah saya merasa tuaian pertama sawi saya.
Kalau diperhatikan, batang benih-benih sawi saya ini agak panjang. Saya pasti ini disebabkan kurang penerimaan cahaya matahari sedangkan benih-benih ini telahpun bersedia untuk dipindahkan ke tempat yang lebih menerima cahaya matahari. Pagi tadi saya telah pindahkannya ke tempat yang menerima pancaran matahari sekurang-kurangnya panas sehingga tengahari. Jika saya pindahkannya ke kawasan kebun sejemput, saya risau benih-benih ini tidak dapat bertahan kerana terkejut sebab kawasan tersebut agak terik. Saya yakin perpindahan ini dapat membantu menggalakkan pertumbuhan benih-benih sawi saya ini. Kita tunggu dan lihat.



posted from Bloggeroid

Isnin, 24 Disember 2012

Apa Khabar Sawi? - Minggu 3


Lepas dibaja minggu lepas, inilah rupanya benih sawi berumur tiga minggu. Barula bersemangat melihatnya. Dah dua hari tak menulis apa-apa. Kami balik kampung kemudian Ahmad pula demam dan sakit mata. Hari ni bos bagi pelepasan sebab kasihan tengok Ahmad. Terima kasih bos. Balik dari klinik, Ahmad tidur. Barulah berkesempatan nak jenguk benih-benih yang ditinggalkan dua hari. Benih sawi dalam pasu besar ni nampak sihat dan hijau daunnya. Minggu depan saya akan baja lagi supaya tak terbantut tumbesarannya.

Tapi, kenapa yang pasu kecil ni kekuningan daunnya. Ada empat pasu seumpamanya. Tak pasti sama ada terlebih baja atau terkurang baja. Yang pasu besar saya telah letak dua sudu teh. Empat pasu yang kecil saya letak satu sudu teh. Mungkin terlebih baja kot.
posted from Bloggeroid

Selasa, 18 Disember 2012

Sawi hijau - Minggu 2


Anak-anak sawi ni dah berumur lebih kurang dua minggu. Kalau dibandingkan dengan anak-anak sawi blogger lain yang seusianya, perkembangan anak-anak sawi ini agak lambat. Mungkin sepatutnya saiznya sudah mencecah satu inci. Anak-anak sawi saya baru mula menampakkan daun-daun sebenarnya. Saya agak anak-anak sawi mengalami masalah yang sama dengan benih tomato saya. Saya gunakan medium semaian yang sama. Saya yakin tanah semaian tersebut kurang nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan benih. Lain kali saya akan gaul dengan baja organik sebelum semaian dibuat. Ini sebagaimana petua dari Encik Iskandar dalam mendapatkan benih yang subur. Semalam saya ada taburkan satu sudu teh baja organik dalam pasu semaian sawi ini. Kita tengoklah perkembangannya dalam seminggu. Harap-harap perkembangannya positif dan dapat menjadi pembakar semangat untuk saya terus berkebun.

posted from Bloggeroid

Ahad, 9 Disember 2012

Transplanting Okra and Green Mustard Seedlings - Day 7

This is how seedlings look like a few after sowing day. However, still there is no sign of capsicum, sweetcorn and kailan which I sowed on the same day with okra, red amaranth and green mustard.




I thought I wanted to transplant these green mustard and okra seedlings right after their first pair of leaves appearing. But then, the greed mustard were too many. They seem strugling to survive. The okra on the other hand starting to lean all over the place. The depth of the egg paper tray could accomodate their rooting system. Therefore, I transplanted them to a bigger place yesterday.




There are some more green mustard seedlings left in the tray. I'll do it later.


I wonder why my amaranth seedlings look this skinny. Is it normal?
posted from Bloggeroid

Selasa, 4 Disember 2012

Green Mustard a.k.a Sawi and Okra - Day 5


On the fifth day after sowing, my okra seedlings emerged from the sowing medium. However, only two came out. No sign of the third seedling. I sowed three seeds last week. I planned to plant only one and make the other seedlings as back up. My husband does not like okra. So, it is going to be me the only person who fancy okra in our small family. One plant is enough. More than that will be wasted.


This is how my green mustard seedlings look like on their fifth day. They looked leggy with no sign of true leaves appearing any time soon. The photo was taken at 8pm. So, you couldn't see the slim red amaranth seedlings at the front row.
posted from Bloggeroid

Ahad, 2 Disember 2012

Growing Bayam (or Not, actually Sawi) in Putrajaya - Day 4


This morning, I woke up to this. Actually, I already noticed a few of bayam's seedling started appearing when I was about to transplant my tomato seedlings. Later that evening, more came out.
In this same egg tray, I also sowed sweetcorn, kailan, green mustard (sawi), okra and capsicum. I am pretty sure this row is bayam. It was my mistake. I didn't label the tray after sowing.
The density of the seedling is quite high. I am going to transplant them later that is when the first pair of true leaves emerging.
However, when I came to check on them later that evening, I found something else. Check out my next post. Surprise!!
posted from Bloggeroid

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...