adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Rabu, 19 Jun 2013

Resepi Berpantang : Peria Tumis Kering



Pagi-pagi dah letak resepi dalam blog. Ini lauk minggu lepas. Lambat diletakkan gara-gara telefon rosak dan dihantar ke kedai untuk dibaiki. Mati kutu pula bila tak ada telefon yang sering digunakan untuk melayari internet. Risau juga kalau-kalau gambar-gambar hilang dari memori telefon. Nasib baik masih ada.

Pengambilan peria dikatakan dapat membantu ibu mengatasi masalah kesukaran membuang air besar selain meningkatkan penghasilan susu ibu. Saya biasanya masak kacang panjang gaya beginu dengan telur dimasukkan di peringkat akhir dan dikacau sehingga telur masak. Memandangkan peria antara sayuran yang dibolehkan untuk ibu berpantang makan, maka saya saya masak cara begini tanpa telur. Bagi sesetengah orang, tiada masalah baginya untuk mengambil telur. Beginilah cara saya sediakan masakan peria ini.

Bahan-bahan:
Peria dipotong kepingan secukupnya
2 ulas bawang kecil
Sebiji cili merah
1 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
Garam
Lada sulah
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
Rendam potongan peria dalan air bergaram selama 15 - 20 minit dan toskan. Tumbuk bawang kecil, bawang putih, ikan bilis dan cili merah sehingga hampir lumat. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan potongan peria dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Jika mahu, boleh pecahkan telur dan kacau sehingga telur masak dan sebati dengan peria. Angkat dan hidangkan.
posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum, pada sesiapa yang ada gula kencing manis tinggi

    Sukar kawal gula wlaupun dh cuba pelbagai petua dan herba


    Jngan biarkan keadaan smakin serius!

    saya ada jual herba khusus untuk turunkan gula dgn cepat.
    Selamat, tanpa bhan kimia berbahaya.

    bila makan tidak menyebabkan angin atau skit urat.

    Mlegakan skit sraf akibat kncing mnis dan sembuh kan luka kembali


    Hrga hnya sratus lebih untuk sbulan.


    Hubungi/WhatsApp:
    Mohd Zuhairi Bin Noordin
    017-468 7570

    Insya-Allah, gula turun elok balik

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...