adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Khamis, 20 Jun 2013

Resepi Berpantang : Nasi Ulam Ringkas



Nasi ulam ringkas ini diinspirasikan dari resepi nasi ulam dalam buku Enskilopedia Perbidanan Melayu. Samada saya terlalu rajin semalam atau sengaja sebab yang munsabah untuk cantas pucuk pokok selasih Thai saya. Saya hanya gunakan pegaga, pucuk selasih Thai dan daun limau purut sahaja sebagai ulaman kerana itu saja yang ada di rumah. Pucuk ulam lain yang digunakan dalam resepi ini adalah daun sekentut, pucuk ulam raja, daun kunyit, daun lemuni, daun beluntas, daun mengkudu dan bebuas. Saya akui, saya sendiri tidak tahu rupa sebahagian besar ulaman yang dinyatakan. Nasi ini enak dimakan segar.

Bahan-bahan:
Semangkuk nasi
Ulaman yg dihiris halus secukupnya
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
Sebatang serai dihiris bahagian yang putih sahaja
2 ulas bawang kecil dimayang
1 sudu besar lada hitam
Segenggam ikan bilis digoreng tanpa minyak
2 sudu besar santan pekat dipanaskan sehingga pekat

Cara penyediaan:
Tumbuk halia, kunyit hidup, lengkuas, serai, ikan bilis dan lada hitam sehingga lumat. Kemudian, gabungkan bahan yang ditumbuk dengan nasi dan ulaman, santan serta hirisan bawang. Hidangkan dan nikmati semasa masih segar.
posted from Bloggeroid

4 ulasan:

  1. Sedapnya nasi ulam. Masa pantang saya cuma makan nasi dengan ikan bilis goreng tanpa minyak. hoho. mujur ade serbuk lada hitam. Tak tau plak banyak resepi berpantang yg best. Terima kasih berkongsi :-)

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. gaulkan bersekelai dengan ulaman dan bawang. maaf terlupa pula tulis masukkan santan. saya dan edit. terima kasih.

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...